Dalam
pembelajaran yang lepas, murid-murid pernah melukis ikan-ikan dalam
kertas lukisan. Kali ini, murid-murid perlu menghasilkan ikan dalam
bentuk 3D. Saya akan menyediakan kertas warna, bentuk ikan dan bentuk
sisik ikan kepada murid-murid.
|
Bahan: kertas warna, bentuk ikan dan bentuk sisik |
|
|
Langkah 1: Melakar bentuk sisik pada kertas warna |
|
Langkah 2: Menggunting bentuk sisik |
|
Langkah 3: Menampalkan bentuk sisik pada bentuk ikan |
|
Langkah 4: Menampalkan bentuk sisik baris kedua pada bentuk ikan dengan warna yang berlainan |
|
Penghasilan ikan dengan sisik yang tersusun |
|
Penghasilan ikan dengan sisik yang tidak tersusun |
|
Sisik ikan tidak disusunkan mengikut badan ikan |
Refleksi: Murid-murid dapat
menggunting bentuk sisik dengan baik. Bagi murid yang menampal sisik
ikan dengan tidak tersusun perlu memperbanyakkan bimbingan saya.
Pernahkah anda menonton filem bernama " E.T." ?
Saya menonton filem ini sejak saya kecil dan saya sangat suka filem
ini. " E.T." datang ke bumi dengan UFOnya. Kami akan membuat UFO ini
dengan bahan-bahan yang disediakan.
|
Kertas warna, gunting, gam dan dua keping piring kertas |
|
|
Gamkan sekeliling piring kertas |
|
|
|
|
Lekatkan kedua-dua piring kertas |
|
Gunting corak geometri dengan kertas warna |
|
Lekat corak geometri atas piring kertas |
Setelah UFO yang cantik
telah disiapkan, anda boleh membawa hasil UFO sendiri ke padang untuk
bermain dengan kawan-kawan. Lihatlah UFO siapa yang terbang dengan
tinggi.
3 comments:
Contoh membentuk dan membuat binaan yang jelas dan senang difahami, saya akan cuba mengajar murid saya di masa depan, terima kasih.
satu blog yang menarik, contoh membuat hasil tangan juga mengikut prosesur ini menyenangkan murid untuk menghasilkannya, syabas
terima kasih atas perkongsian ini. akhirnya saya jumpa aktiviti mudah untuk bidang membentuk dan membuat binaan yang sesuai untuk tahun 2 =)
发表评论