skip to main |
skip to sidebar

Kad yang mana rekaannya diilhamkan oleh kreativiti pelajar pendidikan khas sendiri, khusus untuk guru-guru tersayang..

Pen berhias, walaupun dakwatnya telah habis nanti namun anda masih boleh menyimpannya sebagai kenang-kenangan.

'Botol Sumber Ilhamku'.. dihasilkan daripada bahan kitar semula, mengajar kita untuk tidak mensia-siakan barangan terpakai.

'Mobile', berbentuk hati dan ekor binatang kesayangan anda. Warnanya redup menambat hati mereka yang inginkan ketenangan, wow!!.. Pastikan anda memilikinya dengan membeli pada harga berpatutan di Pendidikan Khas.

'Barangan Manik'
Semua bahan yang digunakan sebenarnya berada di sekeliling anda. Jika pandai menggunakan kreativiti macam-macam boleh dihasilkan. Cantum-cantum semua, wah!! produknya mantap bah macam di sebelah ni, terharu terus melihat.
2012年10月15日星期一
2012年10月14日星期日
2012年10月13日星期六
Menganyam Tapak & Dinding Kraf
Sila rujuk Rajah 1 & 2 di atas. Jumlah tiang tapak adalah 11 (bilangan mesti ganjil + 1 tiang anyaman)
Langkah 1:
Angkat sedikit tiang 1 dengan tangan kiri kemudian patahkan straw ke kiri (lawan jam) rapat ke pusat anyaman & berada di atas tiang 2. Teruskan anyaman dengan mematahkan straw anyaman ke kiri dan berada di bawah tiang 3. Teruskan anyaman berselang seli (atas & bawah) sehingga straw anyaman kembali ke kedudukan tiang satu (sekarang straw anyaman berada di atas tiang 1). Maka lengkaplah satu putaran anyaman.
Langkah 2:
Pastikan
straw anyaman sentiasa disambung apabila panjangnya tinggal 1/4.
Teruskan anyaman dan hasilkan 4 lingkaran sebelum kesemua tiang di
patahkan ke atas untuk proses menganyam dinding kraf.
Langkah 3:
Apabila lengkap 4 lingkaran anyaman tapak dan straw anyaman kembali ke kedudukan tiang 1(sebaiknya tanda dengan titik atau pangkah warna merah),
sambil menganyam, patahkan tiang-tiang kraf ke atas. Pastikan sentiasa
laraskan tiang-tiang lurus ke atas sewaktu menganyam.
Langkah 4:
Terpulang
kepada keselesaan anda, samada menganyam dinding kraf dari luar dinding
atau dari tengah seperti foto-foto di atas. Teruskan anyaman dinding
sehingga 10 atau 12 lingkaran.
Langkah 5:
Setelah
lengkap, sapu gam kertas di hujung straw anyaman dan lekatkan ke
dinding kraf (selitkan) di sebelah dalam.
Langkah 6:
Biarkan 3 tiang & 3 tiang bertentangan. Tiang-tiang selebihnya dipatahkan ke bawah. (Foto #13)
Gunting tiang-tiang yang dipatahkan di pangkalnya (jangan sampai terkena dinding kraf).
Seterusnya
adalah proses untuk membuat tangkai bakul. Mulakan dengan 3 tiang
pertama kemudiannya 3 tiang yang bertentangan. Silangkan tiang kiri
& kanan dan tiang tengah di atas silangan tersebut. Buat simpulan
'tochang' sehingga ke hujung. Lakukan perkara yang sama untuk 3 tiang
yang bertentangan.
Langkah 7:
Seterusnya temukan & selisikan sedikit (pintal) kedua-dua simpulan tochang tadi sama tengah dan balutkan sedikit dengan cebisan kertas kecil yang disapu gam
Akhir sekali ambil cebisan kertas yang dipotong (1 cm), sapukan gam dihujungnya dan balukan di bahagian tengah tangkai bakul (sama tengah kiri & kanan & bukan kesemua tangkai) untuk membuat kemasan terakhir. Pastikan pangkal tiang-tiang yang telah dipotong di sapu gam kertas.
Proses membuat bakul mini selesai.
Proses terakhir adalah mewarna kraf:
Bahan pewarna yang paling baik
digunakan adalah 'PU Timber Seal' yang boleh dibeli di kedai-kedai
'hardware'. Ianya adalah sejenis varnis yang telah siap dicampur warna
(pigmented) dengan pelbagai jenis warna yang digunakan untuk perabut
kayu (Warna kuning, perang gelap & cerah, maroon, hijau dan lain-lainnya).
Anda boleh minta katelog dari pekedai 'hardware' untuk melihat kod
& warna pilihan. Pilihan kod warna yang biasa saya gunakan adalah 102(Mahogany - perang), 107(Redwood - perang gelap) dan jenamanya adalah COLORLAND (buatan Malaysia yang setanding kualitinya dengan jenama impot & lebih murah)
Pameran Hasil Kraftangan Pelajar
Kad yang mana rekaannya diilhamkan oleh kreativiti pelajar pendidikan khas sendiri, khusus untuk guru-guru tersayang..
Pen berhias, walaupun dakwatnya telah habis nanti namun anda masih boleh menyimpannya sebagai kenang-kenangan.
'Botol Sumber Ilhamku'.. dihasilkan daripada bahan kitar semula, mengajar kita untuk tidak mensia-siakan barangan terpakai.
'Mobile', berbentuk hati dan ekor binatang kesayangan anda. Warnanya redup menambat hati mereka yang inginkan ketenangan, wow!!.. Pastikan anda memilikinya dengan membeli pada harga berpatutan di Pendidikan Khas.
'Barangan Manik'
Semua bahan yang digunakan sebenarnya berada di sekeliling anda. Jika pandai menggunakan kreativiti macam-macam boleh dihasilkan. Cantum-cantum semua, wah!! produknya mantap bah macam di sebelah ni, terharu terus melihat.
Pantau Akademik
Maklumat Saya
Masa Itu Emas
KSSR Dunia Seni Visual Tahun 3
Unsur Seni
Aktiviti-aktiviti
Blog Archive
-
▼
2012
(52)
- ► 10/07 - 10/14 (3)
- ► 10/14 - 10/21 (3)
- ► 10/21 - 10/28 (11)
- ► 10/28 - 11/04 (4)
- ► 11/04 - 11/11 (4)
- ► 11/11 - 11/18 (4)
- ► 11/18 - 11/25 (4)
- ► 11/25 - 12/02 (5)
- ► 12/09 - 12/16 (9)
- ► 12/16 - 12/23 (3)
Followers
由 Blogger 提供支持.
Dokumen Standard Prestasi
Ds Dunia Seni Visual
Bahasa Seni Visual
Bahasa seni from Beeten Tan
Buku Panduan Elemen Keusahawanan
Contoh Bahan Panduan Pengajaran
Elemen Merentas Kurukulum Sedia Ada
Emk terkini from aisahhaslina




