skip to main |
skip to sidebar
PENGENALAN
Contoh- Contoh Penggunaan Pualaman
Alatan yang diperlukan
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Sri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat Diraja, dan tidak pula disebut bermain wau. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau', "wau', "wau' secara berirama.
Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring.
Jenis-jenis Cetakan
1. Cetakan timbulan:
Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna.
Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran.
2. Cetakan benam:
Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.
Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin.
Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.
3. Cetakan planograf:
Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar.
Dikenali juga sebagai litografi.
Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air.
Menggunakan blok batu kapur.
Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.
4. Cetakan stencil (sarigrafi):
Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang.
Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi.
Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.
Apa Itu Jalinan ?
Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi
Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia
Jenis-jenis Jalinan
1. Jalinan Sentuh
a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang
b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya
2. Jalinan Tampak
merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
Fungsi Jalinan
1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang
3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding
Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak
Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh
2012年12月24日星期一
2012年12月20日星期四
2012年12月12日星期三
2012年12月9日星期日
2012年11月29日星期四
2012年11月28日星期三
2012年11月21日星期三
2012年11月13日星期二
Pualaman
REKAAN CORAK: PUALAMAN (MARBLING)
Pualaman ialah proses membuat corak di mana cat minyak pelbagai warna terapung-apung di permukaan kertas dan mewujudkan corak-corak di atsa kertas tersebut. hasil pualaman boleh digunakan dalam kegiatan membuat poster, grafik atau kulit buku. Suminagashi merupakan teknik pualaman yang paling lama dikenalpasti.
Teknik tersebut diamalkan di Jepun untuk menghasilkan corak daripada air dan dakwat kalografi. Secara amny, teknik pualaman boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah atau paling kompleks bergantung kepada yang ingin menh=ghasilkan corak. Umur bukanlah sesuatu faktor penghad untuk mempelajari teknik ini kerana semua orang (kanank-kanak hingga dewasa) boleh menghasilkan karya seni.

- Cat Minyak
- Kaca
- Pisau palet
- Bekas berisi air
- Kertas lukisan (yang agak tebal )
- Penipis (Thinner)
Proses
- Bekas diisikan dengan air
- bancuh cat minyak dengan sedikit thinner dan dititiskan mengikut citarasa sendiri
- Kayu digunakan untuk mengacau dan menghasilkan corak yang dikehendaki
- Tangkup kertas lukisan ke atas permukaan cat/ air dalam bekas dan keluarkan dengan cepat
- Keringkan
Wau
WAU
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya. Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di pasir gudang, Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.
Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan "wau" dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Sri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat Diraja, dan tidak pula disebut bermain wau. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau', "wau', "wau' secara berirama.
Kedatangan
permainan wau di Malaysia tidak dipastikan kesahihan tarikh serta
asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart,
layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana
rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang
tradisional dari negara china. layang-layang pada masa dahulu
menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di
Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.
Permainan wau dikaitkan dengan mitos 'semangat padi' yang berasal dari utara semenanjung Malaysia iaitu negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpe seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa.Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat.Akibatnya,pada tahun itu juga padi yang ttelah dikerjakan tidak menjadi.Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.
Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau. Di malaysia terdapat tiga jenis Wau Tradisional iaitu Wau Bulan,Wau Kucing dan Wau JalaBudi.
Pecahan dari tiga kategori tersebut terdapat beberapa lagi jenis wau tradisioanal mengikut negeri seperti; Wau Merak, wau Puyuh, Wau Kikik, wau Cenderawasih, wau Seri Bulan, wau helang, Wau Kotak, Wau Kapal, Wau Dodo Helang, Wau Seri negeri dan Wau Kangkang. Adiguru wau di Malaysia ialah Shafie b. jusoh.

Wau Kucing |
Wau Kangkang |
Wau Jala Budi |
Wau Daun |
Wau Seri Bulan |
Wau Merak |
Wau Kikik |
Wau Dodo Helang |
Wau Burung |
Wau Bulan |
Teknik Tiupan
REKAAN CORAK: TIUPAN
Teknik
tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan
angin. teknik tiupana angin ini senang sahaja dan amat menarik kerana
selain membuat corak (tidak terancang ) kita boleh juga menjadikan
teknik ini sebagai menggambar. Contohnya seperti membuat ranting-ranting
katu atau pokok yang rendang. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah straw, kertas lukisan dan warna poster buncho
Cetakan
Pengenalan Cetakan
Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.
Keistimewaan
cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa
dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.
Cetakan
pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni
tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15.
Jenis-jenis Cetakan
1. Cetakan timbulan:
Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna.
Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran.
2. Cetakan benam:
Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.
Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin.
Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.
Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar.
Dikenali juga sebagai litografi.
Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air.
Menggunakan blok batu kapur.
Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.
4. Cetakan stencil (sarigrafi):
Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang.
Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi.
Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.
2012年11月10日星期六
Jalinan
Apa Itu Jalinan ?
1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda,
seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut,
kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.
2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.
3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.
2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.
3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.
jalinan pada keratan rentas batang pokok
jalinan pada kulit harimau belang
jalinan pada kulit siput
Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi
rekahan pada tanah
jalinan kasar pada permukaan batu
jalinan berduri pada kulit durian
Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia
jalinan pada langit-langit rumah
Jenis-jenis Jalinan
1. Jalinan Sentuh
a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang
b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya
Jalinan Sentuh - kulit kerang
Jalinan Sentuh - tayar motorsikal
2. Jalinan Tampak
merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
Jalinan Tampak - kertas dinding
Jalinan Tampak - kulit tembikai
Fungsi Jalinan
1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang
jalinan pada kuda belang
jalinan pada sesumpah
2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut
tapak kasut
3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding
corak
4. Pengaliran air dan udara
jala ikan
Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak
gosokan
teknik
gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana
permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti
duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah
menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.
capan
kaedah
ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan
bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang,
kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.
ikat dan celup
menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki
pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak
dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat
minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi
cat tersebut.
batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya
lukisan dan catan
menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan
Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh
anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya
tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh
sulaman
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh
kolaj
merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain
Pantau Akademik
Maklumat Saya
Masa Itu Emas
KSSR Dunia Seni Visual Tahun 3
Unsur Seni
Aktiviti-aktiviti
Blog Archive
-
▼
2012
(52)
- ► 10/07 - 10/14 (3)
- ► 10/14 - 10/21 (3)
- ► 10/21 - 10/28 (11)
- ► 10/28 - 11/04 (4)
- ► 11/04 - 11/11 (4)
- ► 11/18 - 11/25 (4)
- ► 11/25 - 12/02 (5)
- ► 12/09 - 12/16 (9)
- ► 12/16 - 12/23 (3)
Followers
由 Blogger 提供支持.
Dokumen Standard Prestasi
Ds Dunia Seni Visual
Bahasa Seni Visual
Bahasa seni from Beeten Tan
Buku Panduan Elemen Keusahawanan
Contoh Bahan Panduan Pengajaran
Elemen Merentas Kurukulum Sedia Ada
Emk terkini from aisahhaslina