WAU
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya. Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di pasir gudang, Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.
Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan "wau" dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor.
Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Sri Lanang yang menyatakan
bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta
kerabat Diraja, dan tidak pula disebut bermain wau. Selain itu
kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur
yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang
dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau', "wau', "wau'
secara berirama.
Kedatangan
permainan wau di Malaysia tidak dipastikan kesahihan tarikh serta
asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart,
layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana
rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang
tradisional dari negara china. layang-layang pada masa dahulu
menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di
Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.
Permainan wau dikaitkan dengan mitos 'semangat padi' yang berasal dari utara semenanjung Malaysia iaitu negeri Kedah.
Diceritakan
bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai
petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka
sedang menanam padi, mereka terjumpe seorang bayi perempuan lalu
dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa.Oleh kerana suaminya
ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka
beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu
di baluh padi.Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri
merasa sangat cemburu.Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah
menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin
barat.Akibatnya,pada tahun itu juga padi yang ttelah dikerjakan tidak
menjadi.Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis
mereka sebenarnya adalah meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah
lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali
jerami.
Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau. Di malaysia terdapat tiga jenis Wau Tradisional iaitu Wau Bulan,Wau Kucing dan Wau JalaBudi.
Pecahan dari tiga kategori tersebut terdapat beberapa lagi jenis wau tradisioanal mengikut negeri seperti; Wau
Merak, wau Puyuh, Wau Kikik, wau Cenderawasih, wau Seri Bulan, wau
helang, Wau Kotak, Wau Kapal, Wau Dodo Helang, Wau Seri negeri dan Wau
Kangkang. Adiguru wau di Malaysia ialah Shafie b. jusoh.
|
Wau Kucing |
|
Wau Kangkang |
|
Wau Jala Budi |
|
Wau Daun |
|
Wau Seri Bulan |
|
Wau Merak |
|
Wau Kikik |
|
Wau Dodo Helang |
|
Wau Burung |
|
Wau Bulan |
2 comments:
Bahan yang sangat berguna.. Tahniah!
Well done,thanks for useful information sharing.Nice blog!
发表评论