Resis
 ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan 
bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air 
dan cat minyak, cat air dan lilin, cat air dan krayon dan sebagainya 
yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat 
dilihat dengan jelas di dalam proses penghasilan batik lukis dan batik 
canting. Pengajaran saya hari ini ialah menggunakan warna berasaskan air
 dan krayon dalam teknik resis. Saya menyediakan berus lukisan, palet, 
krayon, warna berasaskan air dan kertas lukisan untuk murid-murid.
|  | 
| Langkah 1: Melakar lukisan dengan krayon di kertas lukisan mengikut kreativiti murid | 
|  | 
| Lakaran dengan krayon berwarna putih | 
|  | 
| Langkah 2: Mewarna dengan warna berasaskan air dari atas ke bawah | 
|  | 
| sapuan warna berasaskan air yang tidak rata | 
|  | 
| "Angry Birds" yang digemari oleh semua kanak-kanak | 
|  | 
| Tulisan "Angry Bird" yang kreatif | 
Refleksi: Murid-murid suka akan penghasilan gambar dengan teknik resis kerana boleh menggunakan warna berasaskan air. Murid-murid yang mewarna menggunakan warna berasaskan air dengan tidak rata perlu banyak latihan. Saya akan mengajar murid-murid mewarna dengan warna berasaskan air yang berlainan dalam pengajaran ini sekali lagi.
Saya
 mengajar murid-murid saya mewarna ulat dengan krayon, mereka  suka akan
 gambar ulat yang saya edarkan. Ini bukan kali pertama mereka 
menggunakan krayon untuk mewarna. Mereka sudah menggunakan krayon untuk 
mewarna sejak tahun 1. Selepas mewarnakan ulat itu, murid-murid diminta 
melukis dan mewarna latar belakang dengan krayon mengikut kreativiti 
masing-masing.
|  | 
| Ini kelas pendidikan seni saya. | 
 | 
 | 
|  | 
| Bermula dengan kepala ulat | 
|  | 
| Berikut dengan badan ulat | 
|  | 
| Mewarna daun-daun | 
|  | 
| Melukis dan mewarna latar belakang dengan kreativiti sendiri | 
Refleksi: Murid-murid boleh mewarnakan ulat dengan krayon. Kelemahan   
sebahagian murid-murid adalah melakar latar belakang lukisan. Pengajaran melakar latar belakang lukisan diperlukan pada pembelajaran seterusnya. 
 
7 comments:
Murid-murid Cikgu Tan menunjukkan kesabaran dan kerajinan semasa mewarnakan gambar . Syabas, teruskan usaha lagi !
saya suka lukisan murid-murid.
sila beri komen kepada saya, terima kasih!
blog saya:http://tangeokhwa1963.blogspot.com/
I like the activities. Thanks for sharing!
Aktiviti yang baik. Nampaknya murid-murid sangat suka aktiviti ini.
Nice activity!!!^^
great colouring techniques! Thank You for sharing..
Boleh share template caterpillar tu x
发表评论