Membentuk Dan Membuat Binaan

 

Dalam pembelajaran yang lepas, murid-murid pernah melukis ikan-ikan dalam kertas lukisan. Kali ini, murid-murid perlu menghasilkan ikan dalam bentuk 3D. Saya akan menyediakan kertas warna, bentuk ikan dan bentuk sisik ikan kepada murid-murid.

Bahan: kertas warna, bentuk ikan dan bentuk sisik

Langkah 1: Melakar bentuk sisik pada kertas warna


Langkah 2: Menggunting bentuk sisik

Langkah 3: Menampalkan bentuk sisik pada bentuk ikan

Langkah 4: Menampalkan bentuk sisik baris kedua pada bentuk ikan dengan warna yang berlainan


Penghasilan ikan dengan sisik yang tersusun

Penghasilan ikan dengan sisik yang tidak tersusun


Sisik ikan tidak disusunkan mengikut badan ikan

Refleksi: Murid-murid dapat menggunting bentuk sisik dengan baik. Bagi murid yang menampal sisik ikan dengan tidak tersusun perlu memperbanyakkan bimbingan saya.

Pernahkah anda menonton filem bernama " E.T." ? Saya menonton filem ini sejak saya kecil dan saya sangat suka filem ini. " E.T." datang ke bumi dengan UFOnya. Kami akan membuat UFO ini dengan bahan-bahan yang disediakan.
Kertas warna, gunting, gam dan dua keping piring kertas

Gamkan sekeliling piring kertas



Lekatkan kedua-dua piring kertas

Gunting corak geometri dengan kertas warna
Lekat corak geometri atas piring kertas




Setelah UFO yang cantik telah disiapkan, anda  boleh membawa hasil UFO sendiri  ke padang untuk bermain dengan kawan-kawan. Lihatlah UFO siapa yang terbang dengan tinggi.

3 comments:

Lee Hoong Kee 说...

Contoh membentuk dan membuat binaan yang jelas dan senang difahami, saya akan cuba mengajar murid saya di masa depan, terima kasih.

choonmoi phang 说...

satu blog yang menarik, contoh membuat hasil tangan juga mengikut prosesur ini menyenangkan murid untuk menghasilkannya, syabas

Syahidatul Athifah 说...

terima kasih atas perkongsian ini. akhirnya saya jumpa aktiviti mudah untuk bidang membentuk dan membuat binaan yang sesuai untuk tahun 2 =)

发表评论