Membuat Corak Dan Rekaan

      

Murid-murid akan mengaplikasikan proses dan teknik lipatan dan guntingan dalam penghasilan corak pada hiasan dinding. Murid-murid perlu menyediakan gunting, pensel, kertas lukisan, kertas warna dan gam. Murid-murid mesti memahami prinsip keseimbangan dan penegasan pada corak teknik lipatan dan guntingan. Murid juga menyatakan hasil corak lipatan dan guntingan boleh dijadikan hiasan pada rekaan lain seperti kad ucapan, penanda buku, dan hiasan bekas pensel.



Langkah 1: Melipat dan melakar motif pada kertas warna

Langkah 2: Menggunting mengikut lakaran motif
Langkah 3: Menampalkan lakaran motif yang telah digunting pada kertas lukisan
Motif yang menarik
Hasil kerja murid
Guntingan bulatan yang tidak mengikut jalinan bulatan
Motif flora dan fauna
 Refleksi: Murid-murid dapat menggunakan gunting dalam penghasilan corak. Beberapa murid tidak dapat menggunting bulatan mengikut jalinan bulatan. Mereka harus berlatih menggunakan gunting untuk guntingan bulatan.


2 comments:

Ng Fong Shien 说...

Blog yang menarik dan cantik!
Hasil kerja yang berjaya.

Hoo Sthoo 说...

Corak yang cantik.

发表评论