Unsur Seni


Pengenalan Warna

1. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia;
2. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sebuai mengikit situasi tertentu
3 Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara watu sama lain.
4. Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier.
5. Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna

roda warna

Jenis-Jenis Warna

Warna Asas


warna asas - merah, biru dan kuning

1. Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna
2. Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga
3. Mempunyai kuasa yang hebat
4. Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya

Warna Sekunder

warna sekunder - jingga, ungu dan hijau
1. Juga dipanggil warna kedua
2. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas.
     Warna sekunder = warna asas + warna asas
3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau
     a. Jingga = merah + kuning
     b. ungu = merah + biru
     c. hijau = kuning + biru

Warna tertier

warna-warna tertier

1. Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna
    warna tertier = warna asas + warna sekunder
2. Warna tertier terdiri daripada
     a. biru ungu = biru + ungu
     b. biru hijau = biru + hijau
     c. kuning jingga = kuning + jingga
     d. kuning hijau = kuning + hijau
     e. merah jingga = merah + jingga
     f. merah ungu = merah + ungu


Warna Panas dan Warna Sejuk


kumpulan warna panas dan warna sejuk
Warna Panas


1. Terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan kuning, termasuk warna merah jingga, merah ungu, dan kuning jingga.
2. Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya
3. Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan
4. Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan, kemeriahan, pesta dan sebagainya.
5. Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas

kumpulan warna merah dari cili
bunga yang bewarna merah

6. Contoh karya yang menggunakan warna-warna panas. Penggunaan warna-warna merah, hitam jingga dan kuning menimbulkan suasana panas pada karya-karya berikut di bawah
 merah, jingga, kuning, putih dan hitam dapat menimbulkan suasana panas dalam sesebuah karya

 merah dan jingga serta kuning

 Warna Sejuk

1. Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu.
2. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi
3. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang
4. Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi, kematian, kesegaran
5. Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti

laut dan langit

bunga lily berwarna ungu berlatarbelakang daun yang hijau

pemandangan di kawasan laut, warna biru dan ungu

warna biru dan hijau di dasar laut

6. Contoh karya seni yang menggunakan kumpulan warna sejuk seperti

penggunaan warna biru dan kesan sewarna

campuran warna biru , hijau dan ungu menimbulkan suasana sejuk

1 comments:

Lim Li Qin 说...

Blog cikgu mempunyai banyak maklumat mengenai seni. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

发表评论